Nak buat keropok lekor Terengganu yang simple cuam dengan beberapa langkah yang mudah je. Bahan utamanya mestilah ikan yang fresh, boleh je nak guna ikan kembung atau selayang, (yang penting tak kedekut) tepung sagu, garam, dan sedikit air. Prosesnya cuma mengisar isi ikan, campur dengan tepung dan garam, kemudian gentel-gentel saja adunan tu jadi bentuk macam dalam gambar tu dan rebus sampai masak.
12 ekor ikan kembung (atau ikan selayang), ½ cawan tepung sagu, Garam secukup rasa.
- Rebus ikan yang dah dibersihkan, buang tulang dan ambil isi sahaja.
- Kisar isi ikan hingga lumat.
- Masukkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam bekas dan campurkan tepung sagu serta garam.
- Uli adunan hingga sebati.
- Gentel adunan menjadi bentuk silinder panjang.
- Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan keropok lekor yang telah digentel.
- Rebus sehingga keropok timbul (tanda sudah masak).
- Angkat dan tos keropok.
- Untuk keropok lekor goreng, goreng keropok yang telah direbus dalam minyak panas.
- Jika tiada tepung sagu, boleh digantikan dengan tepung ubi kayu.
- Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambahkan sedikit serbuk lada sulah atau bahan perasa lain.
- Bagi yang suka keropok lekor lebih rangup, boleh goreng keropok sehingga perang keemasan.
- Resepi sos keropok lekor juga boleh dicari untuk melengkapkan hidangan.
- Boleh juga buat keropok lekor goreng tanpa rebus dulu, macam kami buat di Keropok Losong Tok Ki.
Sebenarnya apa yang penting, banyak ikan!
Nak tahu macam mana rasa keropok lekor yang betul-betul sedap? Kalau ada sekitar Lembah Klang, datanglah ke Keropok Losong Tok Ki, atau anda boleh je order di sini.
Klik je butang di bawah ni!
Resepi Simple Keropok Lekor Terengganu
Resepi simple apa nak cuba buat hujung minggu ni? Nak makanan yang senang dimasak dalam masa yang sama seronok dimakan bersama keluarga?
Cubalah buat keropok lekor!
Dah cuba buat barulah tahu betapa senangnya nak sediakan minum petang yang sedap macam ni.